Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 6 Julai 2013

Syeikh Al-Azhar Menggesa Supaya Semua Tahanan Politik Dibebaskan.

Memetik kenyataannya Dr.Ahmad Muhammad Thayyib Syeikhul Azhar berkata bahawa Institusi Al-Azhar As-Syarif menuntut supaya pihak tentera membebaskan semua tahanan yang terdiri daripada pimpinan dan akitivis politik. Beliau juga menggesa supaya tempoh peralihan kuasa tidak dilengahkan agar pindaan perlembagaan dan pilihanraya dapat dilaksanakan.

Al-Azhar juga mengutuk keras tindakan menyekat mana-mana saluran yang berasaskan keagamaan dan selainnya. Turut dituntut adalah bayaran pampasan oleh pihak tentera kepada keluarga para syuhada yang terbunuh di medan demonstrasi tanpa mengira perbezaan pandangan.


Selain itu, Al-Azhar mendesak pihak tentera mengisytiharkan Suruhanjaya Perdamaian Kebangsaan serta badan-badan seumpamanya sebagai salah satu inisiatif dalam membentuk sebuah kerajaan tenokrat yang bersifat non-partisan untuk mengalakkan pembangunan dan melaksanakan semua peruntukan termasuk badan perundangan.

Al-Azhar turut menyeru agar segala kegiatan ganas dan aktiviti provokasi dapat dihentikan demi menjaga kehormatan dan kesucian darah rakyat Mesir umumnya.

Tiada ulasan: