Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 6 Julai 2013

Krisis Mesir : Peguam Negara Mesir Letak Jawatan

Peguam Negara Mesir Abdul Majid Mahmoud telah mengumumkan perletakkan jawatannya sehari selepas dilantik semula ke jawatan tersebut.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat. Mahmoud berkata, beliau telah membuat keputusan untuk "mengelakkan rasa malu untuk membuat kehakiman terdapat mereka yang telah "mengeluarkan" beliau daripada pejabatnya."
Siasatan akan dijalankan minggu depan terhadap Presiden yang "digulingkan" Dr.Muhammad Mursi dan 9 pemimpin Ikhwan lain atas tuduhan telah menghina mahkamah. Mahmud akan mengumumkan perletakkan jawatannya kepada Majlis Tertinggi Kehakiman.

Mahmoud berkata, beliau telah pun menyatakan pendiriannya tiada sesiapa perlu campur tangan dalam pendakwaan am. Dr.Muhammad Mursi yang telah "digulingkan" pada rabu lalu telah memecat Mahmoud menerusi deklarasi perlembagaan pada November 2012. Minggu lalu, mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan mahkamah rendah untuk menolak Talaat Abdullah menggantikan Mahmoud sebagai Peguam Negara pada bulan November 2012. Pada hari yang sama, keputusan berasingan mengesahkan pemecatan Mahmoud dari jawatan itu.Dalam apa yang disifatkan sebagai tindakan bermotifkan politik, Majlis Tertinggi Kehakiman memutuskan untuk menolak Talaat Abdullah, dan membatalkan pemecatan Mahmoud.

Tiada ulasan: