Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 17 Julai 2013

Turki Masih Akui Morsi Presiden yang Sah

Sumber melaporkan kenyataan Menteri Luar Turki, Dawud Uhglu Isnin, 15 Julai seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen NTV bahawa Turki tetap mengiktiraf Dr.Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir. Kenyataan Ughlu itu menyusul sehari selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Reccep Toyyip Erdorgan yang berpendirian Dr.Muhammad Mursi masih sebagai Presiden Mesir yang sah. 
 
Dalam satu majlis berbuka puasa, Erdorgan dilaporkan berkata, "Dalam situasi terkini, Presiden Mesir bagi saya ialah Dr.Muhammad Mursi kerana beliau dipilih oleh rakyat. Jika kita tidak melihat demikian maka kita tidak menghormati kehendak rakyat Mesir kerana kita Turki menghormati pilihan rakyat. Kita akan menghormati pihak perampas jika mereka menang melalui peti undi."

Sementara hari ini pula, Presiden Turki Abdullah Gul pula menuntut Dr.Muhammad Mursi dibebaskan segera. Akhbar Turki, "Today's Zaman" turut melaporkan kekecewaan Gul terhadap rampasan kuasa tentera. Menurut akhbar tersebut, Gul menyatakan pendiriannya kepada Duta baru Mesir ke negara itu, Abdur Rahman Solahuddin yang meminta pihak berkuasa membebaskan Mursi. Gul juga enggan menerima warkah yang diutuskan oleh Presiden "sementara" Mesir, Adli Mansour melalui Solahuddin petang Isnin lalu.

Akhbar Turki bernama "Aksam" pula melaporkan Erdorgan menolak permintaan Dr.Mohammed El-Baradei (yang dilantik sebagai Naib Presiden Mesir) untuk bertemu beliau kerana pendirian Turki jelas yang masih mengiktiraf Dr.Muhammad Mursi sebagai Presiden yang sah.

Tiada ulasan: