Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 27 Ogos 2013

Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia : 56 Tahun Merdeka Halangan dan Penyelesaian ::.


Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan satu program bertajuk 'Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia : 56 Tahun Merdeka-Halangan dan Penyelesaian.

Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk memberi kefahaman mengenai Syariah Islam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara, dan memberi kefahaman dan penekanan hikmah perlaksanaan Syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta. Di samping itu seminar ini ingin memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang mengelirukan mengenai syariah Islam, mencari jalan persefahaman dan penyelesaian ke arah perlaksanaan Syariah Islam dalam konteks demokrasi di negara ini, dan mendedahkan kepincangan dan kegagalan undang-undang manusia dalam menyelesaikan permasalahan jenayah.

Seminar penting ini akan diadakan pada 5 Oktober 2013 pada Hari Sabtu bersamaan 29 Dzul Kaedah 1434 Hijrah di Shah Alam Selangor. Seminar ini mensasarkan penyertaan Ahli-ahli Jawatankuasa PAS, PKR dan DAP di peringkat pusat dan negeri, semua wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat peringkat Parlimen dan DUN, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli akademik, NGO-NGO Islam dan bukan Islam serta pelajar2 IPT.

Program ini akan dimulakan dengan ucaptama perasmian oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Pembentang dan pengulas dalam seminar itu nanti terdiri daripada mereka yang datang dari pelbagai bidang yang berkaitan dengan tajuk seminar ini meliputi ahli akademik, ahli undang-undang dan sebagainya.

Semoga program ini mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik, sebagai jawapan kepada segala kemelut jenayah yang berlaku dalam negara kita pada hari ini.

Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan: