Dr Muhammad Imarah, seorang tokoh pemikir Islam di Mesir mengingatkan bahawa setiap rakyat Mesir mempunyai tanggungjawab terhadap janji setia yang diberikan kepada Presiden Mesir yang sah, iaitu Dr Mursi.Janji setia yang diberikan adalah bagi satu tempoh atau penggal iaitu 4 tahun.
Tanggungjawab tersebut adalah ke atas kejayaan Dr Mursi dalam piihanraya Presiden tahun lalu ke atas lawannya Ahmad Syafiq.Penegasan beliau adalah senada dengan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam menyatakan sesiapa yang keluar menentang Dr Mursi merupakan khawarij.
Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan kudeta mengambil kesempatan atas nama agama bagi menghalalkan tindakan mereka dengan mengambil fatwa daripada "ulama pro kerajaan".
sumber : qaradawi.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan