Pasukan polis negeri ini diugut seorang pengguna Facebook yang
dipercayai mahu membalas dendam atas kematian dua ahli Geng 36 ditembak
mati, Khamis lalu.Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye bagaimanapun berkata, pihaknya tidak gentar dengan ugutan berkenaan.Katanya, sudah menjadi perkara biasa ahli-ahli kumpulan mempunyai rasa
dendam apabila polis menembak mati rakan sejenayah atau berjaya
menumpaskan aktiviti mereka ketika operasi.
“Ia sama sekali tidak akan mematahkan semangat polis negeri ini dalam membanteras jenayah kerana sudah menjadi perkara biasa bagi kami, mereka yang tidak berpuas hati dengan kejayaan kita akan membalas dendam,” katanya.Beliau bagaimanapun meminta pemilik akaun laman sosial yang menggelarkan dirinya 'Tailong Man' untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung ugutan balas dendam dibuatnya terhadap pihak keselamatan, Jumaat lalu.
“Pihak kami sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pemilik akaun berkenaan, namun 'Tailong Man' atau sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung akaun tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan.“Sesiapa sahaja boleh memuat naik status seperti itu di Facebook, sehubungan itu siasatan menyeluruh dijalankan bagi memastikan sama ada pemiliknya mempunyai kaitan dengan Geng 36 seperti didakwa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Ghee Lye berkata, status ugutan itu disedari seorang anggota polis bantuan yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Durian Tunggal, Alor Gajah, Sabtu lalu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Jumaat lalu, 'Tailong Man' menerusi akaun Facebooknya memuat naik
status: “Ketua Polis Melaka-360. Mau hantam sama lu punya anjing-anjing.
Lu jaga lu punya anjing-anjing kasi makan cukup-cukup. Wa pancung
seekor-seekor lu punya anjing! Lu sudah kasi Siva sama Raja tidur, lu
ingat lu sudah bagus? Jaga lu orang!"
Semakan mendapati akaun Facebook yang dibuat pada 12 September lalu juga masih aktif sehingga semalam dan meletakkan pembunuh upahan profesional sebagai pekerjaannya.

Pemilik akaun turut memuat naik beberapa status balas dendam terhadap
polis termasuk: "Semua adik beradik 36-360, ini hari kita perang besar
sama polis! kita kasi roh Siva sama Raja rest in peace" pada 13
September lalu.Malah, gambar pistol, pedang dan beberapa lambang dipercayai mempunyai
kaitan dengan kumpulan kongsi gelap selain dadah disyaki syabu turut
dimuat naik dalam akaun itu./ Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan