Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 12 September 2013

Ribuan Pelajar Mesir Sertai Taklimat KPM

Sesi taklimat dan perjumpaan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir bersama pihak institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan-badan profesional di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini terpaksa diadakan dalam dua sesi. Ini kerana ribuan para pelajar terbabit dari seluruh negara yang sebahagiannya diiringi ibu bapa membanjiri bangunan kementerian untuk mengikuti taklimat yang diadakan di Dewan Zaaba bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 


Kementerian dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan taklimat dan perjumpaan tersebut bagi menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam sebagai satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat jika mereka berminat untuk meneruskan pengajian di negara ini. Antara pihak yang mengambil bahagian ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mara, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Perubatan Malaysia (MDC), Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Al-Madinah International University (Mediu). Pihak instusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan pengajian perubatan, pergigian dan farmasi turut menyertai taklimat dan perjumpaan itu. 

 KPM sebelum ini memaklumkan hasil perundingan delegasinya dengan pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir baru-baru ini, persetujuan telah dicapai iaitu sesi pengajian baru ditangguhkan dan hanya akan bermula pada 19 Oktober depan bagi semua universiti. Manakala semua peperiksaan akan bermula pada 21 September ini bagi semua universiti. Ini tertakluk sekiranya keadaan di Mesir berada dalam keadaan stabil dan kondusif untuk pelajar Malaysia meneruskan pengajian di sana.

Tiada ulasan: