Haji Subky Latif
Masyarakat di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu?
Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan.
Bagaimana pun perwakilan PAS pernah menggantikan Timbalan Presidennya Ustaz Hassan Shukri dengan seorang yang lain, tetapi ada kalangan yang mengira keputusan itu tidak bijak kerana ganti Ustaz Hassan itu gagal memenuhi piawan yang diperlukan. Ketiadaan Ustaz Hassan dirasakan satu kehilangan.
Ketahanan berpolitik, keupayaan pimpinan dan wibawanya tidaklah kurang dibandngkan dengan rakan-rakannya yang lain.
Jika orang kata dia banyak merugikan PAS, belum ada hal-hal memungkinkan dia dikenakan tindakan disiplin atau tidak diingini berada dalam pimpinan seperti yang pernah berlaku kepada satu dua pimpinan sebelum ini.
Jika dia kalah dalam pillihan raya baru-baru ini bukan disebabkan dia ditolak oleh pengundi PAS, tetapi mungkin dia tidak dapat sokongan undi atas pagar yang menjadi penentu dalam kawasan seperti itu.
Jika kalah itu dikira dia ditolak, Tok Guru Nik Aziz pernah kalah di Bachok dalam PRU 1982, Ustaz Hadi pernah kalah di Marang dan Ustaz Fadzil Noor hanya sekali menang di Pendang.
Kalau kerana kalah piliihan raya, maka Mat Sabu mesti digantikan, maka Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah dalam PRU lalu.
Mengapa masing-masing mencari tokoh ulama bagi menyaingi Mat Sasbu bukan kerana keupayaan berpolitik dan kepimpinan Mat SAbu, tetapi dia bukan dari golongan ulama.
Biasanya selepas PAS mengatasi krisis kepimpinannya dalam awal tahun 1980-an jawatan nombor satu dan nombor dua itu disandang oleh ulama. Konsep kepimpinan ulama yang diketengahkan PAS tahun 1982 ditafsirkan oleh setengah kalangan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari ulama.
Kerana itulah Dato Mustafa Ali, seorang yang disegani dalam PAS tidak berjaya menyaingi Ustaz Hassan Shukri untuk menjadi Timbalan Presiden.
Tidak ada apa-apa masalah pada Mustapa tetapi perwakilan PAS masa itu mengira jawatan itu untuk ulama.
Tetapi antara yang mentafsirkan jawatan parti itu tidak semestinya ulama walaupun PAS berpegang kepada konsep kepimpinan ulama ialah Mustafa Ali sendiri kerana itulah dia pernah bertanding untuk jawatan itu. Mustafa adalah Ketua Dewan Pemuda yang bertanggungajwab mengemukan usul konsep kepimpinan ulama itu tahun 1982 dulu.
Mat Sabu dan Husam Musa adalah antara yang sependapat dengan Mustafa Ali. Mat Sabu adalah Eksko Dewan Pemuda PAS Pusat ketika usul itu dibentangkan dulu.
Sekalipun kebanyakan orang PAS mengira jawatan Timbalan Presiden itu adalah untuk ulama, tetapi mereka juga memerhatikan wibawa politik tokoh ulama itu apakah kepimpinannya meyakinkan atau sebaliknya. Majoriti memberikan undi kepada Mat Sabu kerana mereka yakin Mat Sabu lebih berwibawa.
Walaupun ulama masih relevan untuk memimpin PAS, tetapi wibawa dan keyakinan tetap menjadi perhatian PAS.
Tokoh ulama yang berwibawa itu dipercayai ada dan ramai, buat masa ini belum ada yang menyerlah seperti golongan ulama yang mengambil alih pimpinan dari zaman Dato Asri dulu.
Ustaz Nik Aziz sudah lama berada dalam pimpinan Dato Asri, tetapi beliau hanya menyerlah selepas pucuk pimpinan bertukar. Apakah suasana seperti itu berulang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan