
“Malah ibu bapa yang datang menjamin juga tidak dilayan dan diarahkan pulang sebelum kanak-kanak terbabit dipukul dan diseksa sehingga ada yang terkorban,” katanya ketika menyampaikan ucapan kepada pelajar di Dewan Solah Petra, dekat sini, kelmarin.Selain itu, Nazmi berkata, beliau turut berjumpa dengan seorang daripada kanak-kanak yang terselamat tetapi kehilangan kuku tangannya akibat kejadian berkenaan.
“Dia memberitahu tidak sakit kerana pernah dipukul lebih teruk hingga pengsan,” katanya.Nazmi berkata, insiden seperti itulah yang dikatakan pencetus kebangkitan rakyat yang ingin menentang kerajaan pimpinan Bashar.
“Apa yang saya sampaikan ini bukan rekaan kerana ketika berada di Syria sebelum ini, saya pernah bertanya kepada beberapa orang mengenai kejadian itu dan mereka turut mengiyakannya.“Malah apa yang berlaku sekarang ini akibat peperangan antara syiah dan sunni di mana golongan syiah tanpa segan silu membunuh orang sunni demi kepuasan mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan