Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 10 Oktober 2013

KES DENGGI DI MELAKA MEMBIMBANGKAN

MELAKA 9 Okt. - Orang ramai digesa supaya memberi kerjasama dalam memastikan kebersihan di kawasan perumahan dan premis masing-masing terpelihara berikutan kes denggi di negeri ini semakin membimbangkan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, peningkatan kes yang pantas sejak empat minggu berturut-turut dilihat membimbangkan.


 Menurutnya, sehingga kini Melaka mencatatkan negeri ketiga tertinggi selepas Selangor dan Johor berlakunya wabak tersebut dengan 711 kes sejak 30 Disember hingga 5 Oktober lalu. Beliau berkata, trend kes denggi juga memperlihatkan peningkatan yang berterusan daripada awal Ogos sehingga ke hari ini berbanding statistik tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu peningkatan 87.1 peratus dengan 331 kes.

 "Jumlah lokaliti berlaku peningkatan kes juga meningkat sebanyak 200 peratus iaitu 24 lokaliti berbanding lapan lokaliti bagi tempoh yang sama pada tahun lalu dan di Melaka Tengah terdapat 20 lokaliti peningkatan kes dan Alor Gajah.Kes kematian disebabkan denggi di negeri ini turut meningkat kepada enam kematian tahun ini melibatkan mangsa berusia antara sembilan bulan hingga 54 tahun berbanding sifar sejak dua tahun lalu, iaitu dua daripada kes itu berlaku di Taman Thamby Chik Karim," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Operasi Bersepadu Penguatkuasaan (Ops Gempur Aedes 4 di Taman Thamby Chik Karim, Batu Berendam di sini semalam. 

 Yang hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam), Dr. Ismail Ali dan Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan negeri, Dass Kandunni. Ab. Rahaman berkata, daripada pemeriksaan dan tinjauan di taman perumahan itu mendapati masih ada kawasan terdapat banyak bahan-bahan terbuang yang dilihat sangat berpotensi menjadi pembiakan nyamuk aedes. Beliau turut mengingatkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya lebih tegas mengambil tindakan kepada penghuni yang ingkar supaya sikap buruk ini tidak berterusan hingga menyebabkan usaha mencegah denggi ini gagal. 

 Katanya, kesedaran daripada orang ramai tentang penyakit tersebut perlu ada dalam diri masing-masing untuk bersama mencegah dan membanteras pembiakan nyamuk berbahaya itu yang boleh menyerang sesiapa tanpa mengenal usia dan tempat tinggal. "Kerjasama masyarakat terutamanya penduduk setempat perlu ada, selain usaha bersepadu bersama jabatan kesihatan, PBT, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri perlu digembleng bagi mengawal penularannya," katanya./Utusan

Tiada ulasan: