Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 6 Oktober 2013

PRK Sungai Limau : PAS Sambut Baik Tarikh PRK


SHAH ALAM - Pas menyambut baik penetapan tarikh yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, pada 4 November depan.Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh tersebut sesuai memandangkan jarak antara Muktamar Pas agak jauh.Menurutnya, tarikh tersebut membolehkan jentera pilihan raya parti dan PR bersiap sedia untuk menghadapi PRK kawasan itu.
"Kita sambut baik tarikh tersebut, apa yang kita risaukan sebelum ini  tarikh PRK hampir dengan Muktamar Pas pada 22 November depan."Tapi kila lihat 4 November itu, adalah tarikh yang sesuai untuk kita mengadakan mesyuarat dan memperkemaskan jentera kita bagi menghadapi PRK Sungai Limau," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.Tuan Ibrahim menambah, Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau kerana bekas penyandangnya mempunyai pengaruh yang kuat.


Minggu lalu, penyandang Dun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan yang serius dan menyebabkan kerusi di kawasan tersebut menjadi kosong.Sehubungan itu, hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menetapkan PRK Dun Sungai Limau akam diadakan pada 4 November depan.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara tersebut hari ini pada sidang media selepas mesyuarat khas.

 "SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013. "Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini. "Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23 Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon", katanya.Dalam pada itu, apabila ditanya adakah kerusi berkemungkinan menjadi rebutan daripada rakan parti perikatan pembangkang yang lain, Tuan Ibrahim menyatakan keyakinan perkara tersebut tidak akan timbul."Ini kerusi kita, secara tradisi kerusi itu akan ditandingkan oleh Pas."Tak timbul parti PKR atau DAP untuk meletakkan calon pula," katanya./Sinar

Tiada ulasan: