Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 15 November 2013

Akhirnya Si Dia Mengakui ....

KUALA LUMPUR: “Jom bersatu kita utk mendaulatkan hukum Allah di Klate kita...” tulis Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar menerusi facebook. Beliau menulis demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad bahawa Jabatan Kehakiman Syarie negeri itu telah siap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan hudud yang baginya merupakan sesuatu yang menggembirakan. 

 “Setelah Brunei kita harap Klate kita pula menyusul segera pelaksanaannya...lagi pun urusan agama adalah terletak bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya,” tulisnya lagi. Pada 18 September 2011, media melaporkan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. Beliau berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika PAS Kelantan melaksanakannya. “Kerajaan negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya, rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. 


Hudud ini perlu disegerakan, PAS Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, PAS atau Umno sokong 100 peratus,” katanya. Dun Kelantan meluluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) pada 1993. Sementara itu, mengikut laporan media, Najib menegaskan undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan. "Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti. 

 "Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah, pada 24 September 2011.

Tiada ulasan: