Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 21 November 2013

Bincangkan Berkaitan Cukai Taksiran -Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menuntut perbincangan meja bulat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membincangkan kenaikan cukai taksiran yang bakal dilaksanakan bermula 2014. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pelaksanaan penilaian semula nilai taksiran hartanah di Kuala Lumpur perlu dibatalkan serta merta sehingga dibincangkan dalam meja bulat. Izzah“Batalkan serta merta sehinggalah satu perbincangan meja bulat dapat dibuat terlebih dahulu dengan penjelasan jitu dan lanjut oleh DBKL kepada Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan KL,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
 
Hadir sama, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Tan Kok Wai (Cheras), Teresa Kok (Seputeh), Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Lim Lip Eng (Segambut). Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, Pakatan akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membincangkan isu sama esok. Beliau berkata, pertemuan dengan menteri itu dengan syarat mereka diberikan satu salinan Pelan Draf Kuala Lumpur termasuk pengezonan terbaru yang dibuat DBKL sebelum proses pewartaan. Menurut Nurul Izzah, pihaknya juga meminta jangka masa dua bulan untuk meneliti, mengkaji dan memberikan maklum balas berkenaan isu seperti kehilangan kawasan lapang atau penambahan kepadatan penduduk yang melampau. “Kenaikan nilai taksiran tersebut akan membebankan mereka yang mendiami unit atau menyewa kerana pemilik rumah pastinya akan menaikkan kadar sewa seterusnya membebankan penyewa,” katanya. DBKL pada 18 November lalu mengedarkan notis menyemak semula senarai nilaian cukai taksiran kepada pemilik rumah dan premis di Kuala Lumpur, dan kadar kenaikan cukai taksiran itu dianggarkan lebih 100 peratus. /Keadilandaily.com

Tiada ulasan: