Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 24 November 2013

Isu K-Pop: KERAJAAN BUTA MATA HATI

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melahirkan rasa kesal berhubung tindakan kerajaan memanggil artis K-Pop sempena sambutan Hari Belia, baru-baru ini. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan tersebut menunjukkan kerajaan tidak sensitif berhubung soal kerosakan akhlak dan imej generasi muda dengan membawa artis luar negara. "Menteri yang menerajui Kementerian Belia dan Sukan yang kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap perkara ini sebagai kejayaan utama dan dinilai dari segi pulangan wang ringgit.
"Menteri tersebut sama sekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti anjuran kerajaan.

 "... atas sebab itu kami menyatakan bantahan kami kepada sikap kerajaan yang jelas tidak sensitif dengan soal akhlak generasi muda dan kesannya kepada generasi muda," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Pada Khamis lalu, Ahmad Shabery dilaporkan berkata, keputusan memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya telah berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta. Beliau berkata, itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lepas. Tambah Ahmad Shabery, di sudut lain pula, keputusan itu merupakan suatu inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan. "Sambutan Hari Belia itu telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung," katanya. Sementara itu, Azmi turut kesal terhadap tindakan PAC kerana tidak profesional dalam menangani isu ini keranan hanya melihat dari segi prosedur bayaran.

 "Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed ternyata tidak memahami kemarahan rakyat bila wang rakyat dibelanja untuk membiayai penari yang tidak ada kena mengena dengan soal pembentukan sahsiah belia di negara ini. "Bila Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih, bermakna harga nilai moral bagi kerajaan adalah lebih rendah berbanding pulangan nilai wang ringgit. "...oleh itu pihak kami berpendirian kerajaan telah melakukan suatu jenayah dan pengkhianatan budaya yang sangat besar bila wang rakyat diguna untuk mengimport persembahan yang rendah moral dan sama sekali bertentangan dengan Dasar Budaya Kebangsaan dan Islam sebagai agama di negara ini," tegasnya.

Tiada ulasan: