Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 12 November 2013

Lagi pembaziran: PM, TPM guna pesawat eksekutif RM182 juta

 Pakatan Rakyat menegur tindakan pimpinan tertinggi kerajaan yang sering menggunakan pesawat eksekutif untuk penerbangan dalam negara dan luar negara. Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, kos bahan api bagi enam pesawat yang digunakan sepanjang tahun 2012 sebanyak RM14,951,448.04 dan RM167,079,541.80 bagi kos penyelenggaraan adalah sangat tinggi dan merupakan pembaziran. 


 “Ini satu contoh pembaziran perbelanjaan kerajaan terutama pemimpin tertinggi kerajaan. Pesawat eksekutif sering digunakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pegawai tinggi kerajaan,” katanya dipetik Harakah Daily pada sidang media di lobi Parlimen semalam. Beliau juga mempersoal keperluan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menaiki pesawat eksekutif walaupun dalam negara sedangkan pesawat biasa sentiasa beroperasi. 

“Persoalanya mengapa perlu setiap kali Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menter nak pergi ke mana-mana penerbangan domestik perlu mengambil pesawat eksekutif setiap kali penerbangan? “Ini melibatkan perbelanjaan tinggi tapi kalau mengambil pesawat komersil kalau kelas ekonomi tak guna perbelanjaan tinggi. “Kerajaan minta rakyat jimat cermat tapi setiap kali itu menunjukkan kerajaan tak kurangkan kos perbelanjaan mereka,” katanya yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. MP Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyarankan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan pesawat biasa bagi menjimatkan perbelanjaan negara. “Saya cadang untuk tahun 2014 Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lebih banyak guna pesawat komersil walaupun ke luar negara.

 Ada pemimpn besar negara maju tak guna pesawat pun. Pesawat eksekutif biarlan digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong. “Sangat mengejutkan tantang perbelanjaan bahan api dan penyelenggaraan pesawat ini. Baru-baru ini pun Timbalan Perdana Menteri ulang alik ke Sungai Limau guna pesawat eksekutif. “Ini tak betul sebab ini kempen parti bukan program kerajaan dan kalau program kerajaan pun kerajaan perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan guna pesawat komersil kerana pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik,” katanya. Anthony semalam meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pesawat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, model pesawat-pesawat tersebut, kos bahan api dan penyelenggaraan untuk tahun 2012 dan jumlah penerbangan serta destinasinya sepanjang tahun 2012. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannnya memberitahu, kerajaan pada masa ini memiliki tujuh pesawat yang diistilahkan sebagai Pesawat Eksekutif (VVIP) Kerajaan iatu satu unit Pesawat Falcon, satu unit Global Express, satu unit Boeing Business Jet (BBJ), satu unit Blackhawk, dua unit pesawat Agusta dan satu unit Fokker F28 yang telah dilupuskan dan dihadiahkan kepada Muzium Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Short URL: http://www.keadilandaily.com

Tiada ulasan: