Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 23 November 2013

LAJNAH PENERANGAN PERLU MANTAP TANGANI ISU BERBANGKIT

PAS Perlis mencadangkan Lajnah Penerangan PAS mengambil inisiatif yang terus menerus dan mantap dalam menjelaskan isu-isu yang berbangkit seperti isu Tahaluf Siyasi. Perwakilan Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Majlis Syura Ulama juga perlu membantu Lajnah Penerangan dalam mengetengahkan penjelasan kepada ahli PAS khasnya di kawasan luar bandar.

 Selain itu beliau mencadangkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri itu diperkasakan. DHPP perlu turun lebih kerap ke Perlis untuk menarik orang Siam kerana mereka juga menentukan kemenangan PAS di Perlis pada pilihan raya akan datang. Satu lagi cadangan PAS Perlis ialah sukatan pelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah PAS diselaraskan dan diletakkan di bawah satu pentadbiran seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti). Justeru, pendidikan yang baik dari tarbiyyah yang unggul mampu melahirkan generasi kepimpinan pelapis pada masa akan datang, tambah beliau.

Tiada ulasan: