Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 4 November 2013

Lebih 76 peratus pemilih sudah tunai tanggungjawab


YAN - Setakat jam 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mencecah 63.5 peratus yang melibatkan 17,281 orang pengundi. Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Media N20 Sungai Limau, di sini, hari ini.

 Jumlah pemilih yang keluar mengundi meningkat pada jam 2 petang tadi menjadikan 18,843 atau 69.22 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab. Sehingga jam 3 petang tadi, jumlah yang keluar mengundi meningkat kepada 20,876 orang atau 76.69 peratus./Sinar

Tiada ulasan: