SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 hari ini menerima usul supaya PAS mendesak Kerajaan Malaysia menggubal serta meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan Undang-undang Jenayah Islam dilaksanakan.
Usul yang dikemukakan oleh PAS Kuala Krau dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu diterima sebulat suara agar undang-undang syariah ini menjadi sebahagian daripada undang-undang negara dan mana-mana kerajaan negeri yang ingin melaksanakannya tidak disekat.
Shahril Azman Abdul Hamid yang membentangkan usul itu, turut disokong oleh wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi serta wakil PAS Klang, Mohd Prasad Hanif.
Menginsafi juga masyarakat kini hidup dalam situasi penuh ketakutan dan tahap kebimbangan yang sangat tinggi.Setelah operasi khas bergelar “cantas” dilakukan sehingga berjaya memberkas lebih lapan ribu yang disyakki sebagai anggota kongsi gelap dan penjenayah berat namun kes-kes berprofail tinggi masih terus berlaku dan ianya menampakkan jalan buntu untuk dibendung jauh sekali untuk dihapuskan.
Menyedari bahawa pelbagai cara dibuat oleh kerajaan dalam membendung jenayah barat ini semakin gagal sekalipun modul penguatkuasaan undang-undang turut menekankan aspek agama, nilai murni dan moral bagi mewujudkan kawalan sosial.
Menyedari bahawa hanya Islam melalui perlaksanaan Syariatnya secara menyeluruh sahaja yang mampu membendung gejala ini, maka PAS Kawasan Kuala Krau besama Dewan Muslimat PAS Pusat mengusulkan dalam Muktamar ini mendesak Kerajaan Malaysia menggubal serta meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan Undang-undang Jenayah Islam menjadi sebahagian daripada Undang-undang Negara serta tidak menyekat perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di negeri-negeri yang ingin melaksanakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan