Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 7 November 2013

Nak Exam Pun Sempat Mencuri Lagi

JEMPOL - Tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan pihak berkuasa kelmarin, setelah didapati mencuri di sebuah koperasi sekolah menengah, dekat sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Tukiman Seriman berkata, kesemua suspek bersama tiga lagi rakan mereka melakukan kegiatan itu kira-kira jam 10 malam, Ahad lalu dengan menggunakan pemotong besi. 

 Menurutnya, selain mencuri barangan koperasi sekolah, enam suspek berkenaan turut didapati bersalah kerana mencuri lima tong gas di beberapa rumah di daerah tersebut. “Melalui siasatan, tiga daripada suspek itu merupakan remaja yang tidak bersekolah, manakala tiga lagi adalah calon SPM sekolah itu sendiri yang menduduki SPM hari ini (semalam). “Bagaimanapun tiga calon berkenaan diberi jaminan polis untuk menduduki peperiksaan sehingga 5 Disember ini sebelum penahanan semula dibuat ke atas mereka," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

 Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta melakukan pecah rumah serta mencuri waktu malam. Antara barang koperasi yang dicuri adalah barangan sukan, lencana sekolah, alat tulis serta beberapa barangan lain. Disebabkan kejadian itu, guru sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Daerah Jempol.

Tiada ulasan: