Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 23 November 2013

PERKASA JARINGAN MAKLUMAT - WAKIL KELANTAN

SHAH ALAM: Perwakilan Kelantan mencadangkan PAS memperkasakan jaringan maklumat agar sebarang keputusan parti yang hendak disampaikan ke seluruh cawangan dapat diterima dengan cepat. Datuk Abdul Fattah Mahmud berkata, keputusan atau kenyataan daripada pimpinan parti perlu disampaikan segera ke peringkat bawahan sekali gus dapat membantu Pakatan Rakyat. "PAS menyumbang dalam Pakatan Rakyat, jadi sesuatu perlu diperkasakan supaya ia dapat membantu Pakatan Rakyat," katanya.

Kelantan juga mendesak PAS agar memberi penekanan ekonomi dan kebajikan wanita khususnya peringkat negeri dan kawasan. Beliau mengambil contoh di Kelantan yang telah menubuhkan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) yang sedang mengusahakan aktiviti jahitan dan kuih muih sehingga kini negeri itu mempunyai 45 pusat PPWK. Fattah juga, meminta seluruh perhubungan negeri dengan panduan PAS Pusat agar meraikan pengundi luar yang balik membantu Dun-Dun mereka kerana usaha berterusan ini akan menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang. "Dun yang kemas akan dapat kemenangan, kalau Dun tanpa ada jentera anak tempatan yang kuat dan kemas amat sukar menang dalam pilihan raya," katanya. Justeru, beliau merayu seluruh ahli PAS memanjatkan doa kepada Allah kerana perjuangan parti mereka semakin hari semakin mantap dan hebat dan percaya PAS akan terus mendapat sokonan dan dukungan daripada rakyat khususnya bukan ahli PAS.

Tiada ulasan: