KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran memberi tempoh 48 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan beberapa blogger pro-Umno yang mendedahkan e-mel ancaman bom dengan mengaitkan anak guamnya, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, jika polis enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengheret pihak berkuasa itu ke mahkamah kerana dipercayai bersengkongkol dengan pihak berkepentingan politik.
Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno yang mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.
Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.
Surendran juga mendakwa PDRM cuba bermain ‘wayang’ dengan menghubungi anak guamnya semalam untuk memberikan keterangan sedangkan mereka cuba memberi gambaran seolah-olah ancaman menggulingkan kerajaan itu adalah benar.
“E-mel itu juga tidak berasas malah polis tidak menyiasat penyebar e-mel terbabit, kenapa mereka menghubungi Rafizi dan berlakon sedangkan PDRM cuba memberi gambaran sebenar seolah-olah ancaman guling itu akan berlaku,”
“Secara rasmi telah dinyatakan dalam keterangan polis hari ini e-mel itu palsu, sila ambil tindakan ke atas blogger Umno dengan segera,” katanya lagi./Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan