Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 23 Disember 2013

DOKTOR AMAL GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

London: Doktor dikatakan lebih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat berbanding profesion lain di dunia ini kerana kebanyakan mereka kurang bersenam, kurang tidur dan turut mempunyai tabiat pemakanan yang agak buruk, kata satu kajian terbaru. PureGym di Britain membuat soal selidik terhadap 2,000 orang dalam pelbagai bidang profesion mengenai pilihan gaya hidup mereka sepanjang purata seminggu bekerja. Doktor mendapat markah yang amat teruk secara berterusan apabila ditanya mengenai tabiat pemakanan mereka, senaman atau tabiat tidur, lapor femalefirst.co.uk. Kajian pendapat berkenaan mendedahkan bahawa doktor adalah daripada kumpulan yang paling ramai tidak bersenam, dengan hampir suku daripada mereka mengakui tidak melakukan sebarang bentuk senaman biasa. 


Mereka juga termasuk dalam profesion kurang tidur dengan purata lima jam sehari malah menghabiskan masa sehari mereka tanpa menikmati hidangan sempurna dengan duduk di meja makan. “Kami terkejut apabila mengetahui bahawa doktor biasanya hidup dengan gaya hidup yang tidak sihat tetapi apabila mempertimbangkan waktu bekerja serta tekanan yang dihadapi dalam kerja, anda akan faham mengapa mereka terpaksa korbankan kesihatan mereka berbanding lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan pesakit mereka,” kata jurucakap PureGym, Paul Kirwin. Pemandu teksi juga dikatakan memilih gaya hidup tidak sihat, berdasarkan kajian sama selain pemandu pengangkutan awam dan lori. - AGENSI

Tiada ulasan: