Melihat situasi dan perkembangan respon rakyat terhadap kenaikan harga barang dan keperluan hidup , Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka menyokong penuh dengan semangat demokrasi terhadap perancangan beberapa ngo-ngo anak muda untuk berhimpun pada malam 31 Disember 2013 bagi membantah kenaikan kos sara hidup . Dewan Pemuda melihat himpunan itu adalah simbolik isi hati dan luahan rakyat terhadap pengumuman-pengumuman kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang memeritkan
, ia adalah kemuncak bebanan rakyat yang dipikul sedang pemimpin-pemimpin kerajaan sibuk memberi nasihat rohani agar sabar dan bersyukur diatas apa yang ada, di kala mana mereka menikmati kelebihan-kelebahan memegang jawatan tinggi. Dewan pemuda Pas Negeri Melaka juga melahirkan perasaan kekecewaan terhadap beberapa golongan yang melabelkan ngo-ngo yg terlibat seperti TURUN , SAMM , SMM sebagai pencetus agenda menggulingkan kerajaan.
Dewan Pemuda meyakini bahawa himpunan ini adalah berobjektifkan menyahut seruan demokrasi dan hak rakyat berkumpul sebagai solidariti menyatakan hasrat murni rakyat cintakan negara , rakyat mahukan pemimpin mengetahui isi hati mereka dan menyelami hati rakyat , Himpunan ini tidak harus disekat dan dilabel dengan tanggapan-tanggapan yang negatif kerana ia ekspresi kehendak rakyat yang mahukan keadilan dan cintakan negara.
Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka ingin mengingatkan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap manifesto-manifesto yang diumumkan dan apa yang dicanangkan bahawa rakyat didahulukan mesti ditunaikan , Dewan Pemuda Pas negeri Melaka juga mengharapkan pimpinan-pimpinan di bawah dato seri tidak lagi melontarkan idea-idea tidak bijak yang berbunyi seperti jika tol naik , ikut jalan lama , jika harga ayam naik , jangan makan ayam , jika gula naik bagus untuk kesihatan bagi mengurangkan kencing manis .
Ingatlah amanah yang ditanggung bukan di suruh sanjung , tetapi amanah yang ditanggung adalan berbakti untuk kesenangan di penghujung .....
"Kembalikan Hak Rakyat kerana Rakyat adalah tuan"
Saudara Jauhar Mohd Dawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka
29 Disember 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan