Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Disember 2013

KUDETA HARAMJADAH ISYTIHAR IKHWAN MUSLIMIN PENGGANAS

KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa Mesir dilaporkan meningkatkan tekanan ke atas penyokong Ikhwanul Muslimin selepas mengisytiharkannya sebagai kumpulan pengganas, semalam. Menurut laporan Reuters, pengumuman itu menggunakan klasifikasi baharu untuk menahan berpuluh-puluh penyokongnya semalam, manakala seorang meninggal dunia dalam pertempuran di jalan yang disebabkan oleh ketegangan politik. Selain itu, letupan bom yang berlaku di pinggir bandar Kaherah
mencederakan lima orang - serangan kedua minggu ini selepas seorang pengebom berani mati membunuh 16 orang utara ibu negara pada Selasa lalu. Jeneral Tentera Mesir, Abdel Fattah al- Sisi, yang mengetuai penggulingan Presiden Mohamed Mursi pada bulan Julai berkata, Mesir akan menjadi "lambang" keganasan. DI Washington, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry memanggil Menteri Luar Mesir Nabil Fahmy dan "menyatakan kebimbangan" berhubung pengistiharan itu dan tangkapan di Mesir baru-baru, kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki. Kerry dilaporkan mengutuk serangan bom tetapi "menekankan keperluan untuk proses politik inklusif di seluruh spektrum politik yang menghormati hak-hak asasi manusia oleh semua rakyat Mesir untuk mencapai kestabilan politik dan perubahan demokratik," kata Psaki . Insiden bom di Kaherah telah mengakibatkan tingkap sebuah bas pecah dan menjadi serangan pertama yang dilakukan di kawasan orang ramai. Bagaimanapun, tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian. Kerajaan Mesir mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas Mursi Rabu lalu sebagai tindak balas kepada serangan berani mati yang menyasarkan balai polis sehari sebelum serangan di bandar Mansoura. Kumpulan itu dituduh menjalankan pengeboman tersebut sedangkan Ikhwanul Muslimin sendiri mengutuk serangan terbabit.

Tiada ulasan: