Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 11 Disember 2013

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TALAQQI ALQURAN BERSANAD

Pada 9 Disember yang lalu telah berlangsung Majlis Penutupan Program Talqqi Al Quran Bersanad Bersama Sheikh Abd Rahman Muhammad Amen Dari Mesir bertempat di Balai Islam Serkam Darat. Program yang julung kali diadakan ini merupakan satu majlis meraikan para peserta program yang telah berjaya mengikuti program talaqqi Alquran yang diadakan bersama-sama dengan qari dari Mesir.

Seramai 8 orang peserta telah mengikuti program ini selama sebulan setengah dan seramai 3 orang pelajar telah mendapat ijazah awal dan boleh mengijazahkan kepada orang lain.

 Majlis tersebut turut dihadiri qari-qari jemputan antaranya Ust Mohd Azraei bin Abdul Hak, Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan,Ust Husni bin Ali Hassan ,Finalis Akademi Al-Quran 4,Adik Athirah Johan Kebangsaan KAFA 2013 dan Adik Muhammad Amnan bin Mohd Sani, Finalist Qari Junior 2013


 Penerima Ijazah bersanad bersama dengan  
Sheikh Abd Rahman Muhammad Amen Dari Mesir


  





Tiada ulasan: