Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 3 Disember 2013

Nik Amar dan Mahfuz Omar Dilantik Semula

SHAH ALAM - Dua pemimpin kanan Pas yang tewas dalam pemilihan pada muktamar minggu lalu dilantik semula ke dalam dalam jawatankuasa parti. Datuk Mahfuz Omar yang tewas dalam mempertahankan kerusi naib presiden dilantik sebagai ketua penerangan, manakala Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang kalah bertanding jawatan naib presiden dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pusat bersama seorang lagi calon naib presiden yang tewas, Datuk Abu Bakar Chik. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa Pusat Pas selepas muktamar agung tahunan, semalam di Pejabat Agung Pas, semalam. Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai setiausaha agung Turut kekal Dr Mohd Hatta Ramli sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat. Sementara Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob pula dilantik sebagai bendahari yang baru menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Pelantikan penolong setiausaha agung dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang bagaimanapun belum dibuat dan hanya akan diputuskan dalam mesyuarat bulanan pada 17 Disember nanti. Empat negeri menerima muka baru sebagai Pesuruhjaya iaitu Saiful Bahri Mamat (Terengganu), Iskandar Abdul Samad (selangor), Aminulhuda Hassan (Johor) dan Razman Zakaria (Perak).

Tiada ulasan: