Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 19 Disember 2013

PAS CADANG PERKASA SUNNAH

TEMERLOH – Pas mencadangkan akidah menjadi subjek wajib lulus di sekolah bagi pelajar Muslim untuk memperkasa akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika kerajaan mengharamkan Syiah, mereka juga perlu perkasakan akidah ahli Sunnah melalui pendidikan, penyebaran ilmu di masjid, khutbah Jumaat dan kursus kepada kakitangan kerajaan. Menurutnya, dasar yang kukuh mengenai Sunnah perlu diperkemaskan, bukan hanya menyerang Syiah. “Apabila rakyat tidak faham perkara sebenar, yang tidak benar pun mereka terima.


 “Memperkasa akidah ahli Sunnah ini bukan sekadar menghalang penyebaran fahaman Syiah tetapi juga fahaman dan ajaran sesat lain seperti 'Ajaran Harun' dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pertama Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang di Pejabat Perhubungan Pas Pahang, di sini semalam. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, kerajaan tidak boleh menyerang Syiah secara berterusan kerana pada masa sama ada rakyat Malaysia yang belajar di sana, pelajar mereka di sini dan juga pelancong kita di negara berfahaman Syiah. 

 Dalam pada itu, beliau turut mengulas isu Mat Sabu yang dikatakan berfahaman Syiah adalah serangan politik semata-mata untuk menyerang Pas dan kepimpinannya. “Di Kedah ada pengikut yang mengaku secara terang-terangan mereka berfahaman Syiah, mengapa tidak tangkap dan ambil tindakan terhadap mereka ini?,” katanya./SINAR 

Tiada ulasan: