Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 19 Disember 2013

RAKYAT MALAYSIA MAUT DI SYDNEY

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki rakyat Malaysia berusia enam tahun maut manakala ibunya parah selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita di Jalan Marsden, Carlingford, Sydney, Australia, semalam. Berdasarkan laporan media Australia, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan. 

 Mangsa, Akshaaye Balakrishnan, 6, bersama ibunya, Fung Ying Ong, 38, dilaporkan menemani dua sepupunya berusia empat dan lima tahun untuk ke sekolah berhampiran dengan berjalan kaki sebelum dirempuh kereta berkenaan.

Tiada ulasan: