Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Disember 2013

Srikandi KEADILAN ajak Dr Muhaya bincang kos sara hidup

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengingatkan Dr Muhaya Mohamad supaya berfikiran rasional dan berada dalam situasi sebenar rakyat biasa daripada mengeluarkan kenyataan dangkal mengenai kos sara hidup.
Ini berikutan kenyataan Dr Muhaya, seorang penceramah bebas pada 24 Disember dalam wawancaranya di akhbar Sinar Harian dan video bahawa rakyat Malaysia mesti berhenti merungut dan mengeluh berikutan kenaikan kos sara hidup.

Sebaliknya kata Dr Muhaya, orang ramai perlu melihat kenaikan ini secara positif kerana menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif,, maka hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.
DR_MUHAYA_SINARJusteru, Siti Aishah berkata, pihaknya bersedia memberi ruang kepada Dr Muhaya untuk berbicara dan memberi pandangan yang bernas dalam membela nasib rakyat.
“Kalau beliau setuju, kita akan buka platfom di gelanggang rakyat untuk bersama-sama mencari penyelesaian yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak,” kata Siti Aishah kepada Keadilandaily.
Dr Muhaya Mohamad dikenali sebagai selebriti TV melalui rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9 dan sering memberi pandangan di akhbar Sinar Harian.
“Ini lagi baik daripada beliau mengeluarkan kenyataan video yang hanya menyerlahkan pandangan peribadinya sahaja. Apa yang dibangkitkan beliau tidak selari dengan apa yang berlaku.

“Beliau perlu berlaku adil dan jangan hanya pandai nasihat rakyat tanpa salahkan punca yang menyebabkan semua kenaikan yang berlaku,” tambah Siti Aishah./Keadilandaily.com

Tiada ulasan: