KUALA LUMPUR 17 DIS: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan mengadakan himpunan besar pada 31 Disember ini bagi meneruskan momentum membantah kenaikan kos sara hidup pada tahun depan, kata Pengerusinya, Muhamad Azan Safar.
“Bertitik tolak kepada kesengsaraan menimpa rakyat menjelang 2014, maka Gerakan Turun menganjurkan Himpunan Amarah Rakyat pada malam tahun baru iaitu pada 31 Disember 2013 jam 8.00 malam di sebuah lokasi yang akan diumum kelak,” katanya dalam satu kenyataan pada 17 Disember lalu.
Azan merujuk kenaikan berangkai kos sara hidup yang diumum pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sejak ‘menang’ pilihan raya umum lalu meliputi harga minyak, gula, pengangkutan awam, tol, tarif elektrik dan barangan keperluan lain.
“Tahun 2013 bukan penutup kesengsaraan malah seawal tahun 2014, rakyat sudah dijanjikan kenaikan tarif elektrik sekaligus memperlihatkan kenaikan tambang pengangukatan awam berasaskan elektrik seperti monorel dan LRT.
demo“Selain kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku juga pada 2014 pastinya meluaskan lagi ledakan domino kenaikan kos sara hidup yang menjerut rakyat,” katanya lagi.
Bertemakan ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’, TURUN menjangkakan tidak kurang 10 ribu menyertainya termasuk aktivis, artis, NGO serta tokoh daripada pelbagai parti politik bagi membantah kerajaan kezaliman BN.
NGO Turun yang digerakan sekumpulan mahasiswa melancarkan kempen menurunkan kos sara hidup sejak 11 Disember dan konsisten menyedarkan kebangkitan rakyat seluruh negara hingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan