Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 3 Januari 2014

ISU FATWA ' BUGHAH " HALAL DARAH - MUFTI HARUNSANI TAKUT NAK JAWAB

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Perak bagi merealisasikan hasrat untuk bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Ia bertujuan untuk mendengar penjelasan berhubung 'fatwa' yang mendakwa peserta Himpunan Turun sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka. Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Timbalannya, Ustaz Akmal Kamaruddin, Penolong Setiausaha, Ustaz Hafez Sabri dan barisan Exconya iaitu Ustaz Anuar Morad dan Ustaz Syakirin Hussain. Hadir sama dalam rombongan Pemuda PAS itu ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki. Walau bagaimanapun Harussani menyatakan bahawa beliau tidak bersedia untuk bertemu walaupun pada awalnya menyatakan persetujuaan dengan hasrat murni Pemuda PAS Perak bagi merungkai permasalahan itu. Namun begitu, Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim telah mewakili Harussani bagi meraikan kehadiran rombongan Pemuda PAS tersebut. 


Pertemuan yang berlangsung dengan penuh harmoni itu telah membincangkan tentang isu fatwa dikeluarkan oleh Harussani yang telah menimbulkan kemarahan serta ketidakpuasan hati pelbagai pihak termasuk PAS. Raja Iskandar ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mufti adalah adalah satu istitusi yang mulia bagi menyelesaikan permasalahan ummah, bukannya menjadi satu platform untuk mewujudkan permasalahan. Kata beliau, jika benar laporan media tentang kenyataan mufti itu, bermakna Harussani telah mengamalkan satu institusi yang tidak kondusif dan menyalahi di sisi perlembagaan. "Dakwaan keterlaluan itu juga boleh dan telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya orang Islam dan persepsi negatif bukan Islam terhadap agama Islam," katanya. Pemuda PAS Perak mendesak supaya Harussani menarik balik 'fatwa' beliau jika kenyataannya itu benar kerana merbahaya kepada umat Islam dan masyarakat sejagat. Tegasnya, jika kenyataan itu dimanipulasi, sudah tiba masanya Mufti Perak itu menegur etika kewartawanan./fB

Tiada ulasan: