Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 8 Januari 2014

KARNIVAL MUAMALAH ISLAM 2014

Kerajaan Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan Karnival Muamalah Islam selama lima hari bermula Jumaat ini di pekarangan Pusat Islam, Bukit Palah. Timb Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, karnival dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul dalam usaha menggalakkan masyarakat Islam mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.


 Karnival tersebut akan turut mendapat sokongan dan liputan stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.FM) dan siaran stesen TV Alhijrah. Karnival kali ini diadakan lebih besar berbanding tahun sebelumnya di mana pelbagai pengisian menarik diatur sepanjang karnival berlangsung antaranya simposium muamalah, seminar, forum, pertandingan berzanji, nazam dan lagu dakwah & kempen derma darah.

Tiada ulasan: