Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 31 Januari 2014

PASANG CCTV : BUKTI MELAKA BUKAN NEGERI SELAMAT ?

AYER KEROH – Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membantu mengurangkan kadar jenayah, sebanyak 150 kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di lokasi tumpuan dan pusat pelancongan di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, langkah itu perlu untuk menangani kes jenayah ragut dan samun yang merekodkan 108 tangkapan, sekali gus berjaya menyelesaikan 205 kes pada tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, usaha itu perlu disambut baik pihak pengusaha pasar raya di seluruh Melaka untuk memasang CCTV bagi menjaga keselamatan orang ramai. “Pelbagai strategi dilakukan penjenayah sehingga memerlukan orang ramai sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga jika berdepan situasi tidak selamat.
Selaku negeri pelancongan, kerajaan negeri memandang serius jenayah ini kerana ia melibatkan kumpulan pelancong, pelabur dan peniaga. “Pihak polis akan meningkatkan kehadiran pegawai dan anggota berpakaian biasa di lokasi sasaran selain 500 sukarelawan polis sedang dalam latihan akan berkhidmat menjaga keamanan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Seri Negeri, dekat sini semalam. Sementara itu, Idris berkata, pihaknya menyokong hukuman lebih berat dikenakan kepada pengusaha yang menjalankan operasi judi secara haram. “Tahun lalu, sebanyak 359 serbuan dilakukan di premis haram ini, selain merampas 1,466 komputer bagi tujuan judi. Tetapi masih ada lagi yang menjalankan operasi secara bersembunyi kerana hukumannya ringan,” katanya. Justeru, katanya, polis bersama agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan PBT diminta untuk terus melaksanakan operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan itu kerana aktiviti ini merosakkan masyarakat.

Tiada ulasan: