MELAKA - Hospital Melaka sedang mencari waris pesakit bernama Yusof Ahmad yang kini dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Wad Mawar hospital berkenaan.
Kenyataan akhbar yang dikeluarkan hospital terbabit memaklumkan, pesakit bernombor kad pengenalan 430330-03-5207, beralamat di Batu 3 ¾ Solok Bukit Ranting, Duyong, 75640 Melaka dan berasal dari Kelantan.
Menurut kenyataan itu, pesakit berkenaan mengalami kecederaan di bahagian muka akibat satu kejadian kebakaran di sebuah kawasan kebun di negeri dan dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 8 Mac lalu.
Sehubungan itu, ahli keluarga dan orang ramai yang mengenali pesakit ini diminta menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Hospital Melaka, Fairuzan Abdul Majid di talian 06-2892344 sambungan 2072.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan