Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 26 Mac 2014

M4E Mengecam Keras Penghakiman Terhadap 529 Penyokong Morsi

M4E yang diwakili 25 NGO pelbagai agama dan kumpulan etnik dan mengecam dengan sekeras-kerasnya penghakiman yang zalim oleh mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 orang penyokong Dr Muhammad Morsi. Penghakiman yang tergesa-gesa adalah tindakan yang bertentangan dan semua agama, prinsip keadilan, hak asasi manusia tanpa memberi ruang yang secukupnya untuk pembelaan oleh para peguam adalah satu tindakan yang amat bertentangan dengan Islam, hak asasi manusia serta amalan perundangan yang adil dan saksama.
M4E juga menegaskan bahawa dengan penghakiman ini, semakin jelas suasana politik Mesir sedang laju menuju satu pemerintahan diktator kuku besi. M4E mendesak semua negara di dunia termasuk Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya pelanggaran hak asasi manusia ini. Kerajaan Malaysia hendaklah bertindak tegas menghantar nota bantahan kepada pihak Kedutaan Mesir. Ustaz Wan Subki Wan salleh Pengerusi M4E 24 Mac 2014

Tiada ulasan: