Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 16 Mac 2014

Pemuda PAS Melaka Mengecam Konsert Liar Di Bukit Jalil.

Di sebalik kisah duka dan ujian yang sedang dihadapi rakyat malaysia khususnya umat Islam tentang isu MH 370 , kemarau dan ketiadaan air , kita menyaksikan tragedi kebobrokan moral yang berlaku akibat ketiadaanpemantauan yang tegas oleh pihak berkuasa terhadap Festival future Music baru-baru ini . Dengan ini Pemuda PAS Melaka amat berduka cita dengan perkara yang berlaku dalam Festival Future music di stadium Bukit Jalil pada 13 -15 mac 2014 , di mana berlaku kematian seramai lima orang dan empat orang kritikal. Kami menganggap penganjur seolah mendapat lesen besar dalam penganjuran festival ini kerana secara terang-terang mempromosi bahawa akan ada parti liar 


"Malaysia biggest and wildest party". Adakah pihak penganjur iaitu syarikat Live Scape sdn. bhd mengikut piawaian hiburan dalam negara ini atau mereka yang meluluskan festival ini tidak memantau sepanjang perjalanan festival ini berlaku. Bagi kami peristiwa ini amat memalukan negara kerana pada masa yang sama kita sedang bersedih tentang kehilangan pesawat MH370. Lebih malang lagi kematian ini melibatkan anak-anak muda yang beragama islam. Di mana letaknya pihak penguatkuasa dan pihak kementerian dalam isu yang besar ini. Pemuda Pas Melaka merasakan pihak kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Belia Dan Sukan dan Kementerian Perlancongan perlu memberi penjelasan yang secukupnya dan perlu meletakkan jawatan sekiranya jawapan itu tidak menyakinkan kerana ia sudah melibatkan nyawa dan maruah negara.

 Pemuda Pas Melaka memandang berat isu ini kerana ia adalah pertama kali berlaku di malaysia yang merupakan Negara majoriti umat Islam dan ia melibatkan kematian anak muda yang beragama Islam akibat ketagihan dadah yang berlaku dalam konsert itu. Sudahlah negera kita dicemuh dan dipersendakan oleh sebahagian akhbar-akhbar antarabangsa akibat memanggil Bomoh 1 Malaysia untuk mencari pesawat MH 370 di KLIA , ini pula memaparkan imej yang buruk terhadap Negara akibat penganjuran konsert yang jelas bertentangan dengan Agama dan tatasusila Rakyat Malaysia. 

Jauhar bin Mohd Dawi 
Ketua Pemuda PAS Melaka

Tiada ulasan: