Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 9 Mac 2014

Siasat Segera Pembolosan Pasport Palsu

KUALA LUMPUR 9 MAC: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas atau Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport palsu. Mahfuz OmarBeliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak imigresen perlu memberikan penjelasan berhubung kes tersebut kerana menimbulkan persepsi negatif khususnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa. 


“Jawatankuasa khas atau Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kes keselamatan ini. Bagaimana mereka boleh bolos dalam keadaan pemeriksaan imigresen dan pihak penerbangan yang ketat. 

“Isu pembolosan ini isu besar, jadi imigresen dan KDN perlu memberikan penjelasan supaya tidak timbul spekulasi yang memburukkan lagi keadaan. “Kita tidak mahu wujudkan spekulasi tetapi mungkin berlaku rampasan pesawat atau sesuatu berlaku dalam pesawat? Ini memerlukan penyiasatan,” katanya ketika ditemui pada persidangan wakil rakyat PAS (Perwira 2014), di sebuah hotel dekat sini hari ini. Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu. Bagaimanapun, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) semalam mengesahkan hanya dua pasport palsu digunakan penumpang MH370. Sambil mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, Mahfuz menyeru rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan berdoa agar usaha pencarian dipermudahkan.

 “Kita tidak tahu apa yang terjadi cuma kita jangan berhenti berdoa agar kesemua penumpang ditemui walau dalam apa jua keadaan dan usaha pihak penyelamat berjalan lancar. “Kepada orang Islam, mari kita sama-sama lakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusan dalam kes ini,” katanya seperti dilapor Harakahdaily. MH307 yang berlepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi menuju ke Beijing dilaporkan hilang dua jam selepas penerbangan./Keadilandaily.com

Tiada ulasan: