Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 10 April 2014

Israel Tawar USD 80 Juta pada As-Sisi


Israel Tawarkan As Sisi 80 Juta USD Untuk Kempen Pilihanraya Presiden. Sumber dari pihak keselamatan Mesir mendedahkan maklumat pertemuan antara wakil tentera Mesir dan Israel yang berlangsung 2 minggu lalu.

Sumber yang sama juga membongkar dua lawatan rahsia oleh pemimpin kudeta Mesir dan calon presiden, Jeneral As-Sisi ke Israel pada 2 bulan lepas, dimana beliau bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menyelaras usahasama keselamatan dan isu-isu politik.

Dalam kenyataan eksklusif kepada agensi berita Quds Press, sumber tersebut menyatakan Netanyahu menawarkan as-Sisi bantuan 80 Juta USD untuk kempen pilihanraya presiden beliau. Beliau turut menjanjikan untuk meyakinkan AS untuk meneruskan bantuan ketenteraan di Mesir, dan meyakinkan Obama untuk bertemu As-Sisi sebagai balasan dari tekanan terhadap Abbas untuk menerima Keyahudian Israel. Tambahan pula, Netanyahu mendesak as-Sisi untuk menekan Abbas menghentikan kempen beliau menentang Dahlan, kerana perkara tersebut hanya akan menguntungkan IM dan Hamas.

Pada pertemuan terakhir mereka, kedua-dua pihak tersebut membincangkan beberapa isu keselamatan. Israel menggesa Mesir agar tidak mengendahkan kewujudan pasukan Dahlan di Sinai, dan berkoordinasi dengan mereka demi keselamatan sempadan, kerana pengalaman bernilai mereka (Mesir) dalam perkara ini.

Sebilangan pakar politik dan keselamatan Israel memberi amaran kepada kerajaan mereka untuk tidak secara terang menyokong As-Sisi kerana hal ini semestinya akan menjejaskan imej beliau di mata orang Mesir, tambah sumber itu lagi. [Ph]

Sumber : MiddleEastMonitor

Tiada ulasan: