Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 24 Jun 2014

ISU AIR TERCEMAR : PEMUDA PAS MAHU JAWAPAN SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin saudara Yuzi Azhar merangkap Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka membuat kunjungan ke wisma Syarikat Air Melaka Berhad bagi mendapat maklumat dan tindakan pihak SAMB dalam kemelut isu air yang tercemar di Daerah Jasin. Beliau menyatakan isu air di Jasin sudah berlarutan hampir dua minggu. Kehidupan penduduk di sana terjejas teruk kerana bekalan air yang di berikan seolah-olah tidak boleh di gunakan untuk minuman dan kegunaan seharian. Baru-baru ini Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka saudara Jauhar Mohd Dawi ada melakukan tinjauan di rumah penduduk di kampung Sebatu. 


Beliau memeriksa sumber air dari rumah penduduk disana dan memeriksa bacaan tahap pencemaran air menggunakan kit TDS(Total Dissolved Solid). Amat memeranjatkan bacaan TDS mencapai 840ppm. Oleh yang demikian saudara Yuzi Azhar mahukan penjelasan dari Syarikat Air Melaka Berhad dalam isu air tercemar dan perlu bertangungjawab kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan penduduk amnya di Daerah Jasin.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memberikan notis amaran kepada penduduk supaya jangan gunakan air yang tercemar ini dan memberikan bekalan air bersih kepada semua penduduk. Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka tidak teragak-agak untuk ambil tindakan jika sekiranya Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melepaskan tangungjawab dan membiarkan penduduk di sana menggunakan air yang sudah tercemar untuk kegunaan mereka. (

Tiada ulasan: