Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 24 Jun 2014

LAGI TUDUHAN PALSU TERHADAP IKHWAN MUSLIMIN

Selepas dijatuhkan hukuman mati dua kali kononnya terlibat mendalangi "Peristiwa 'Edwah" di wilayah El-Menia, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammad Bad'ie kini berhadapan tuduhan palsu yang baru iaitu "mewujudkan bilik operasi untuk melakukan keganasan di dataran Raba'ah" yang mula dibicarakan semalam selepas Jabatan Pendakwaraya kudeta memindahkan dokumen pendakwaan kepada mahkamah. Sebelum ini, hakim Mahkamah Jenayah El-Menia memuktamadkan keputusan dengan menjatuhkan hukuman mati kepada beliau bersama 182 orang daripada 683 pejuang Islam yang lain. 

Beberapa hari lalu, Mahkamah Jenayah Giza pula memindahkan dokumen beliau bersama 13 orang pemimpin Ikhwan yang lain kepada Mufti Mesir sebagai prosedur memulakan hukuman mati dalam kes yang dinamakan "Peristiwa Masjid Istiqamah" dan semalam beliau sekali lagi diheret ke mahkamah atas tuduhan baru iaitu mewujudkan bilik operasi Raba'ah. Antara kes mahkamah lain yang sedang dihadapi oleh Mursyidul Am Ikhwan itu ialah "Peristiwa Pejabat Maktab Irsyad di
Muqattam" bersama-sama bekas Mursyidul Am, Syeikh Mehdi 'Akif dan kes pembunuhan Ittihadiyah bersama dengan Presiden Mesir Mohammad Morsi. Dijangkakan semua keputusan mahkamah kepada pemimpin utama Ikhwan ini sama seperti kes-kes lain iaitu hukuman mati.

Tiada ulasan: