Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 23 Julai 2014

Kurangkan Hiburan Sempena Idulfitri

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa pihak kerajaan khususnya agensi di bawah Kementerian Penerangan agar mengurangkan aktiviti berbentuk hiburan sepanjang akhir bulan Ramadan al-Mubarak ini. Naib Presidennya, Hasri Harun berkata kedapatan usaha-usaha pihak-pihak yang terlibat khususnya stesen radio dan televisyen menggerakkan program sambutan menjelang hari Raya Idulfitri. 


 “Sesungguhnya Abim berpandangan bahawa pihak berwajib harus peka dan prihatin dengan suasana dan permasalahan terkini yang berlaku khususnya di bulan yang mulia ini. “Ia termasuklah isu pembunuhan rakyat Islam di Palestin oleh tentera rejim Israel yang amat mendukacitakan seluruh dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, Abim juga menyeru agar kempen digerakkan oleh seluruh rakyat malaysia agar mengurangkan aktiviti hiburan yang mana ia bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan yang masih berbaki dan memberikan keselesaan kepada umat islam untuk beribadah dengan tenang sepanjang akhir Ramadan ini. Katanya, program-program berbentuk kerohanian sama ada dari pelbagai agama juga wajar dijalankan agar dapat sama-sama mendoakan agar negara dihindari dari sebarang malapetaka pada masa akan datang. 

 “Abim juga menarik perhatian agar pihak stesen televesyen supaya sama-sama kita menghormati bulan yang mulia ini di samping menghormati peristiwa yang amat besar dalam sejarah negara, termasuk kehilangan MH370 dan kes terbaru iaitu MH17 yang ditembak di Ukraine,” ujarnya. Beliau menambah, usaha ini juga bagi sama-sama menghormati saat kesedihan keluarga penumpang pesawat dan keluarga krew terbabit.

Tiada ulasan: