SHAH ALAM - Kesetiaan segelintir pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan dari Israel punca mengapa masyarakat di negara ini sukar memberi sokongan terhadap kempen boikot barang negara tersebut.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maaamor Osman berkata, ketaksuban segelintir masyarakat yang tidak mahu menggunakan produk tempatan sebagai ganti akan menyebabkan kempen boikot tidak berkesan.
"Hanya melalui sekatan ekonomi sahaja yang boleh mengajar kebiadaban tentera rejim Zionis itu daripada terus menodai bumi Palestin.
"Kita nyatakan desakan kepada dunia agar negara itu berhenti berperang. Jangan sekadar berkata-kata, kita harus bertindak.
"Hanya impak ekonomi dapat mengajar kebiadaban mereka. Masyarakat perlu memboikot barangan Israel sebagai tanda bantahan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Maamor, jika selama ini pengguna setia menggunakan produk Israel, maka kesetiaan itu perlu ditujukan kepada produk tempatan. Beliau menegaskan, walaupun ia mungkin bersifat sementara, sekurang-kurangnya ia dapat membantu penduduk di bumi Gaza yang menderita akibat peperangan.
"Secara tidak langsung kita turut menyumbang kepada ekonomi negara melalui pembelian barangan tempatan," katanya.
Maamor berkata, kempen boikot itu tidak akan memberi kesan ketara kepada pendapatan peniaga di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan