Isu bazar ramadhan Hang Tuah Mall yang di kelolakan oleh MBMB masih lagi menjadi persoalan bagi setiap peniaga dan juga rakyat negeri Melaka. Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka sudah beberapa kali membuat pertemuan dengan pegawai-pegawai MBMB tentang isu harga tapak dan isu nasib tapak lama di Taman Chempaka masih belum dapat di selesaikan.
Baru-baru ini saya selaku Ketua Pemuda PAS negeri Melaka sendiri turun padang bertemu dengan mereka dan melihat sendiri keluhan-keluhan peniaga-peniaga ini. Antara keluhan mereka masalah banjir kilat sering berlaku bila hujan lebat menyebabkan barang-barang mereka rosak dan tidak dapat di jual. Tapak-tapak yang di letakan di bahu jalan antara yang menjadi mangsa. Mereka menyatakan ketidak puasan hati kerana mereka membayar sewa yang begitu tinggi tetapi malangnya tiada tindakan segera dari pihak MBMB.
Sepatutnya MBMB perlu selesaikan masalah perparitan agar peniaga-peniaga tidak risau apabila hujan lebat berlaku
Antara isu lain kesesakan di lorong pengunjung yang amat sempit menjadikan pengunjung tidak begitu selesa dan berasa panas, menyebabkan pengunjung tidak mahu singgah di kedai-kedai kerana kurang selesa. DPPNM berharap MBMB perlu menyusun semula lokasi khemah-khemah peniaga dan laluan pengunjung agar ada ruang yang agak selesa bagi peniaga dan pengunjung, MBMB juga di harap tidak mengutamakan keuntungan jualan sewa tapak semata mata tanpa memikirkan kesesuaian dan keselesaan pengujung.
Peniaga-peniaga juga memberitahu bazar ramadhan ini juga di kelolakan oleh pihak lain selain dari MBMB di mana ada tapak-tapak yang di jual dengan harga yang lebih tinggi kepada pihak lain sedangkan tapak-tapak ini tidak di berikan semasa pengundian atas alasan yang kurang munasabah.
Penjual-penjual air troli juga mengeluh kerana kadar lesen yang tinggi di kenakan kepada mereka. Kadar bayaran rm530 ini amat tinggi bagi satu troli oleh kerana itu mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi.
Isu tapak letak kereta pengunjung juga satu perkara yang perlu di ambil kira oleh MBMB di mana pengunjung perlu membayar rm2 kepada Pemuda UMNO kampung Morten. Apakah jalan-jalan ini milik parti atau MBMB? Atau MBMB ini hanya menjadi alat bagi pihak-pihak yang berkepentingan dan mengambil kesempatan kepada peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung.
DPPNM amat kesal perkara ini berlaku di negeri kononya negeri maju tetapi cara pengurusan yang menunjukkan sikap sambil lewa dan melanggar undang-undang yang sedia ada. DPPNM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya bukti-bukti yang di perolehi boleh menyebabkan mereka boleh di dakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan