Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 Julai 2014

SIKAP MEMBISU ARAB LEBIH DAHSYAT DARI SERANGAN ISRAEL:

 HAMAS Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhry ketika dihubungi oleh stesen televisyen "Al-Aqsa": 

1) Menyeru negara Arab untuk menyokong Gaza dan menambah, tindakan membisu masyarakat Arab dan Islam adalah "lebih besar pukulan" kepada Gaza berbanding serangan dari Zionis Israel itu sendiri. 

2) Beliau menyifatkan pembukaan pintu sempadan Rafah oleh pihak berkuasa Mesir hari ini sebagai "tidak memadai" kerana ia tidak membawa kepada pembukaan pintu sempadan itu sepenuhnya.


 3) Ditanya berkaitan desas-desus gencatan senjata, beliau dengan tegas berkata "tiada apa yang dinamakan gencatan senjata" bahkan HAMAS akan meneruskan tentangan berterusan kepada Israel.

 4) HAMAS menyalahkan PBB sebagai badan dunia terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Zionis Israel dan dunia dapat saksikan bagaimana kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman Yahudi. 

5) HAMAS tidak akan rugi apa-apa dan akan menyertai perang ini dengan segala kekuatan dan kata beliau "rakyat kami hidup di atas tanah dan berjuang dengan penuh berani sedangkan rakyat Israel hidup di bawah tanah ketakutan dengan serangan roket kami." 

Sumber: Ikhwanonline.com

Tiada ulasan: