Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 19 Ogos 2014

NAMA MUHAMMAD HARUM DI BRITAIN

LONDON - BRITAIN. Nama Muhammad menjadi nama paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales tahun lalu. Menurut hasil kajian yang dipetik daripada www.Breitbart.Com berkata , nama tersebut bagaimanapun tidak berada di tempat teratas senarai nama paling banyak digunakan kerana dieja dengan pelbagai cara berbeza. Nama berkenaan dieja Muhammad, Mohammed dan Mohammad yang apabila digabungkan, jumlahnya mencecah 7,445. Kajian itu sebaliknya menyenaraikan Oliver secara rasmi sebagai nama terpopular dengan 6,949.

 Nama Muhammad begitu popular kerana tiga juta umat Islam di Britain cenderung untuk menamakan sekurang-kurangnya salah seorang anak mereka mengikut nama Nabi Muhammad. Kebanyakan bayi yang dinamakan Muhammad tertumpu di bandar raya London dan Midland Barat sementara Oliver di tenggara, Wales Selatan dan Wales. Sementara nama kerabat diraja Britain, Wiliam, Harry dan George kini menguasai tiga daripada 10 tempat dalam senarai nama paling popular di Britain.

Tiada ulasan: