Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 September 2014

Isu MB Selangor : PAS Tolak Bersebab

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina. Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam. 

 "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin?
“Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

 “Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor. “Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan,” kata Abdul Hadi lagi. Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube. Tanpa menyebut nama Wan Azizah, Hadi dalam taklimat itu ditanya sekiranya PAS enggan menyokong isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disebabkan presiden PKR itu seorang wanita. 

 Wan Azizah merupakan calon yang diuar-uarkan oleh PKR dan DAP untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor. Bagaimanapun, difahamkan wakil presiden PAS itu mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin.

Tiada ulasan: