Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 3 September 2014

Kes Denggi Di Melaka Membimbangkan

MELAKA - Sebanyak 1,774 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 30 Ogos lepas di Melaka, meningkat 1,363 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, angka tersebut meletakkan Melaka sebagai negeri ketiga tertinggi mencatatkan kes demam denggi selepas Kelantan dan Negeri Sembilan Beliau berkata dalam tempoh itu, sebanyak lima kes kematian dicatatkan berbanding dua kematian tahun lepas. 


     "Program kesedaran denggi menerusi Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) akan diteruskan di seluruh negeri dengan penumpuan diberikan di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri hari ini.     

 Dalam perkembangan lain, Idris berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarah untuk menyediakan kemudahan bagi orang kelainan upaya (OKU) dalam setiap pembangunan di kawasan masing-masing.      Katanya, setiap PBT turut diarah meletakkan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap OKU sebagai anggota jawatankuasa teknikal.      "Melaka masih lagi kurang kesedaran dalam konteks menyediakan kemudahan kepada warga OKU dan langkah ini perlu diambil serius bagi memberi kemudahan kepada golongan berkenaan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: