Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 28 September 2014

PAS DAN KISAH BULINYA

PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya Pas dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi. Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah Pas diminta tolong. Waktu senang, Pas ditinggalkan, disalahkan dan dibuli. Sebelum Pas ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal Pas dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh Pas hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama. Umno paling lama membuli Pas. 


Sejarah Umno buli Pas ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak Umno macam nak berkawan dengan Pas, orang Pas memang susah nak percaya. Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli Pas. Sehinggakan Pas kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi. Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci Pas. Pas ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana.. Itulah Pas, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli. Tetapi walaupun Pas dibuli sentiasa, Pas tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. 

Pas memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. Pas juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana. Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, Pas kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar Pas kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, Pas hidup, membesar dan maju. Pas tak berubah apa pun. Pas hari ini adalah Pas yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruhagamanya, Pas akan diherdik dan dihina-hina pula. Ada pemimpin DAP yang kata Pas akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. Pas akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan Pas. Macam Umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama Pas, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan Pas yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu. 

 Diungkit-ungkit kisah kegagalan Pas sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan Pas di samping kegagalan mereka sendiri. PKR pun nak buli Pas macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah Umno. Syukurlah.. Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah.. DAP kena tahu Pas takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau Umno pun tak mati lagi, macamana Pas nak mati? Kalau Pas mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP? Pas takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. 

Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu. Pas hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada Pas memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat Pasma yang nampak ada hati nak ganti Pas jika Pas keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti Pas. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula.. Rugi DAP sokong PKR dengan buli Pas. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti. Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba Pas tukar angin, tiba-tiba Pas marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. 

Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan. Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika Pas marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi. DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan.. DAP nak berkawan dengan Umno? Saya ternganga.. DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu.. 

 Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 
 AJK Pas Pusat, 
Ahli Parlimen Pasir Mas  

Tiada ulasan: