Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 9 Oktober 2014

Belanja Isteri PM Jadi Rahsia Kerajaan ??

Tindakan Putrajaya merahsiakan maklumat perbelanjaan isteri Perdana Menteri supaya soalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat berkenaan itu tidak terjawab dibidas sebagai “langkah ke belakang”. Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, berkata tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap BN.

“Dalam tempoh enam tahun saya di Parlimen sejak 2008, kebanyakan soalan saya tertumpu kepada butiran kos terperinci dalam perbelanjaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan jawapan yang diterima juga terperinci sehingga pendedahan berkenaan memberi kesan publisiti negatif kepada pemimpin BN. 

 “Namun, tiada alasan untuk mana-mana Menteri untuk tidak menjawab persoalan daripada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kerana setiap sen yang dibelanjakan anggota pentadbiran adalah dana awam dan boleh dipersoalkan. “Sekiranya Parlimen pun tidak dapat memberi jawapan, bagaimanakah ketelusan perbelanjaan kerajaan dapat dijamin?” katanya dalam sidang media di ruang legar Parlimen, hari ini. 

 Beliau merujuk kepada kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan pesawat khas kerajaan ke beberapa lokasi berbeza seperti Padang, Indonesia dan Singapura pada 27 Ogos lalu. Kos penerbangan itu tidak dinyatakan. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hanya mengatakan kos yang terlibat dalam penerbangan itu adalah dalam anggaran “bersesuaian” dengan perkhidmatannya.

Tiada ulasan: