Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan beliau ketika ditemui di lobi parlimen hari ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menepati janjinya yang sebelum ini ingin memansuhkan Akta Hasutan.
Katanya, Najib seharusnya menjelaskan kepada rakyat dengan alasan yang konkrit, bukannya memberi alasan kononnya demi jaminan keselamatan negara dan orang Melayu. Saya kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkiri janji dan nampak tunduk dengan arahan golongan yang dianggap kanan, dan cuba mengekang kebebasan serta menekan pimpinan pembangkang dan aktivis,” katanya ringkas kepada pemberita.Najib hari ini mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.
Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.
Turut ditanya mengenai kertas putih yang dibentangkan Najib semalam di Parlimen, Anwar turut menyatakan ia adalah salah satu usaha dan cubaan untuk terus menyekat kebebasan serta memberi tekanan kepada rakyat.
“Dalam menyokong kertas putih itu, saya melahirkan kebimbangan kerana itu adalah salah kerana cuba untuk melebarkan jaringan tekanan mereka,” katanya lagi.
Kertas putih tersebut mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah, POCA, dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan.
“Jadi apa yang dicadangkan itu bukan setakat membatalkan, malah menggunakan alasan yang kononnya ini sahaja yang akan menjamin keselamatan negera dan orang Melayu.
“Tetapi, saya konsisten dan tuntas dengan pandangan bahawa nasib masyarakat orang melayu yang pastinya terbela dengan pengurusan dan tatakelola yang baik supaya mengelak negara dengan kecurangan ekonomi, pembolotan kekayaan oleh segelintir, itu adalah isu pokoknya,”ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan